2013年8月21日星期三

(VISI & MISI & LOGO) SEKOLAH MENENGAH TUANKU ABDUL RAHMAN

VISI
-Sekolah unggul penjana generasi terbilang.
MISI
-Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
LOGO SEKOLAH
1.WARNA BIRU MEMBAWA MAKSUD HARMONI DAN KESEJAHTERAAN YANG WUJUD DALAM KOMUNITI SEKOLAH MENENGAH TUANKU ABDUL RAHMAN.

2.WARNA MERAH BERMAKSUD KEMAJUAN.
3.WARNA KUNING BERMAKSUD KESETIAAN.
4.GAMBAR HARIMAU BERMAKSUD BERANI.
5.GAMBAR OBOR BERMAKSUD ILMU YANG MENJADI MATLAMAT  UTAMA SETIAP PELAJAR SEKOLAH.
6.GAMBAR PADI BERMAKSUD PERPADUAN.

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil namasempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asalsekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.

   Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan
mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolahini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, danJalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi TanahMelayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas.

   Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan
dipindahkan ke bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap kePadang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunansekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh AlmarhumTuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francisadalah pengetua sekolah ini yang pertama.

   Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di
Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku AbdulRahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyaigabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untukSekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibukasecara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7Oktober 1968.
 

  Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit
Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, makalokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang   Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 di kawasan Keretapi TanahMelayu (English Primary School) dengan bilangan pelajar seramai 20 orang yangterdiri daripada berbilang kaum.  Jepun telah menubuhkan sekolah beratap nipah ter diri daripada 7buah kelas, 2 orang guru dan seorang pengetua iaitu V.M. Francis. Jumlah pelajarbertambah kepada 40 orang dan 3 orang guru. Kegiatan kokurikulum cuma dalam bidangsukan.

  Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke Jalan Tok Sulong dengan
kelengkapan 12 bilik darjah dan sebuah makmal yang tidak lengkap. Kelas ketika ituialah dari darjah 7 dengan tenaga pengajar seramai 30 orang pada tahun 1953.Pada tahun 1960 barulah SMK Tuanku Abdul Rahman didirikan. Sekolahini terdiri daripada 3 buah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 25 buah bilikdarjah, makmal dan pejabat. Pengetuanya ialah V.Krishna.